Baru-baru ini industri hiburan digemparkan dengan khabar berita melibatkan penyanyi dan komposer berbakat besar, Zynakal ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur. Akibat kesalahan tersebut, Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,800 atas kesalahannya itu selain menghalang tugas polis.
Masih Dirawat Di Wad PsikiatriĀ
Sejurus selepas insiden tersebut, Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 21, telah dibawa menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur sebelum ditahan di wad psikiatri.
Berita tersebut telah dikongsi sendiri oleh sahabat baiknya, Syazwan Zanini atau lebih dikenali sebagai Wenkt yang turut memaklumkan penyanyi ini telah disahkan menghidap bipolar mania dan perlu menjalani beberapa siri rawatan pemulihan di hospital tersebut.
Sebagai salah seorang yang rapat dengan Zyn, Wenkt ketika dihubungi murai.my akui dia turut terkesan dengan khabar berita tersebut kerana apa yang terjadi padanya baru-baru ini begitu berbeza dengan perwatakan yang dikenali oleh rakan-rakannya apatah lagi pelbagai kecaman terus dilemparkan pada Zyn tanpa sebarang usul periksa.
āSaya kenal Zyn, tapi apa yang terjadi pada minggu lalu bukan Zyn yang saya kenali. Mungkin dia terbabas atau banyak benda dalam fikiran, diri belum matang dan cepat terasa bila disakat oleh āhatersā. Kita doakan yang terbaik untuk semua orangā
Kecewa Karya Tidak DihargaiĀ
Kongsi Wenkt lagi yang juga merupakan Pengarah Urusan SelamatBercuti.com, Zyn pernah meluahkan rasa kecewa nya sebelum ini apabila hasil karya nya untuk beberapa orang penyanyi tidak dihargai. Dek kerana itu, Zyn telah berkongsi perasaan amarahnya pada media sosial sehingga membuatkan sesetengah pengikutnya membuat spekulasi sendiri sehingga menjejaskan nama baiknya.
āCuma apa yang saya boleh faham ialah dia pernah mengadu sebelum ini. Dia buat lagu, bila artis nyanyi, tak mention dalam kredit yang lagu itu dia buat secara bersama dengan Zyn. Bukan kali pertama terjadi. Bila terjadi lagi, dia melenting dan meroyan dekat ig story dan orang tak faham cerita sebenar akan menyalahkan diaā
Biarpun nama Zyn terus hangat dan pelbagai kecaman terus dilemparkan padanya, bagi Wenkt dia akan terus menyokong sahabatnya itu selain menasihati Zyn agar berhati-hati dengan tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.
āDalam dunia hiburan, saya minta dia berhati-hati sebab semua tindakan boleh viral dalam masa yang singkat.Untuk masa depan dia, saya minta dia betulkan balik apa perancangan dia. Dia memang minat cipta lagu cuma dia masih muda dan sering ditindas. Dia banyak haters, bila orang kutuk, dia melenting, dia belum bersedia fizikal dan mental untuk dalam industri, Harapan saya, supaya dia faham yang industri ini banyak risiko dan dia kena pandai menyesuaikan diriā
Mengenai Zyn, meskipun baru dua tahun berkecimpung dalam industri muzik, namun beberapa lagu ciptaan nya berjaya menjadikan namanya popular. Antara lagu ciptaanya adalah Selamat Tinggal Sayang nyanyian Haqiem Rusli, Sabar dendangan Ismail Izani, Bukan Yang Terbaik (Adzrin) Terasa Cinta (Fara Hazel dan Aiman Tino). Selain bersahabat baik dengan penyanyi-penyanyi ini, Zyn juga merupakan anak saudara kepada penyanyi lagenda terkenal, Zamani.