Sebelum ini, dua pelakon terkenal iaitu Zul Ariffin dan Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas tular video yang memaparkan kemesraan mereka berdua. Walaubagaimanapun, kelab peminat Zul Ariffin ,Zul Ariffin Fan Club (ZAFC) tampil memberikan penjelasan terhadap spekulasi berhubung dakwaan Zul dikatakan telah berkahwin.
Kelab Peminat Tampil Bersuara
Menerusi hantaran di Insta Stories, ZAFC menyatakan pihak mereka jarang memberi ulasan terhadap gosip yang berlaku. Namun, spekulasi kali ini membuatkan mereka tampil bersuara untuk menjelaskan perihal sebenar.
“Seperti yang anda tahu, ZAFC jarang memberi respon terhadap sebarang gosip. Walaubagaimanapun, kami berasa perlu untuk mengambil langkah pada ketika ini.
Terdapat banyak khabar angin dan dakwaan baru-baru ini mengenai kehidupan peribadi Boss (Zul Ariffin), kerana beberapa video yang terlah disebarkan. Terdapat juga banyak pihak yang mendakwa mereka sangat, sangat rapat dengan Zul Ariffin.”- tulis pengendali ZAFC
Masih Belum Berkahwin
Kelab peminat pelakon kacak itu turut mengumumkan bahawa Zul masih belum berkahwin dan berkawan dengan semua orang.
“Kami ingin mengumumkan bahawa dia belum berkahwin dengan sesiapa. Dia berkawan dengan semua orang, dan kami sangat menghargai jika pihak terlibat berhenti menyebarkan khabar angin untuk publisiti semata-mata.”-Jelas ZAFC
Di kesempatan itu, ZAFC menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang niat untuk mengaibkan mana-mana pihak dan ingin menjadikan media sosial sebagai sebuah arena yang lebih sihat untuk semua orang.