21.8 C
Malaysia
Tuesday, October 29, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Ziha AF Jawab Dakwaan Diva AA Guna Duit Haram

Menerusi laman Twitter pengacara sensasi,Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah memerli bekas peserta Akademi Fantasia 204 (AF 2014), Ziha selepas mendakwa penyanyi itu kononnya menggunakan duit haram apabila sering menunjukan dekorasi rumahnya yang dianggap mewah.

Mohon Maaf Kepada Diva AA

Lantaran itu, Ziha atau nama Nor Aziha Mohd Salleh,27 menjawab dakwaan tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik nya di laman Instagram semalam. Menurut Ziha, dia sama sekali tidak mengenali Diva AA secara peribadi dan memohon maaf kepadanya seandainya pernah membuat sebarang kesilapan terhadapnya.

Hasil Kerja Keras Bersama Suami

Bagaimanapun, jelas pelakon Dia Semanis Honey ini, segala apa yang diperolehi adalah rezeki yang tertulis selama ini buat keluarganya dan hasil bekerja keras dengan suami.

“Assalamualaikum. Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak personally. Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik”

“Saya bersyukur seadanya. Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak & keluarga kami. Apa yang kami ada, adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami. Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan. Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita” tulis Ziha

Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti seperti Eleena Harris, Ika Nabella, Mia Ahmad dan Elvina Mohamad terkejut dengan ciapan yang ditulis oleh Diva AA serta menganggap dakwaannya bersifat keterlaluan.

Sekadar info,Ziha telah mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal sekitar 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zarul Hizqeel, 4, dan Zarul Hazreel, berusia 10 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.