Satu perkongsian di Instagram Nora mengenai ‘terapi’ untuk dirinya kepada bekas suami mendapat perhatian netizan baru-baru ini.
Mengadu Dan Bercerita Kepada Arwah
Dalam perkongsian tersebut, Nora menyatakan bahawa setelah kehilangan orang yang disayangi, perkara yang sering dilakukanya selain berdoa, sedekah tahlil, bacaan yassin dan sebagainya adalah dengan ziarah kubur, bercakap, mengadu, bercerita dan menangis kepada arwah suaminya.
Bukanlah Tindakan Pelik
Tambahnya lagi, tindakan sedemikian bukanlah perkara pelik atau dianggap ‘psycho’, tertekan mahupun murung. Baginya ia adalah salah satu cara berkomunikasi satu hala dan merupakan ‘terapi’ yang sangat melegakan bagi pasangan yang telah kehilangan orang yang tersayang.
Bukan Salah Asalkan Menjaga Batas
Nora juga turut menyatakan bahawa tindakan tersebut bukanlah salah selagi menjaga batas yang sepatutnya.
Tambahnya berpesan, hanya orang yang mengalami akan faham situasi tersebut dan menasihati pada semua supaya sentiasa berkata baik, memberi sokongan dan sentiasa ingat tiada apa yang kekal didunia kerana ia adalah pinjaman sahaja.