Pelakon, Zaki Azeman, 27, menerusi laman Instagram nya meluahkan rasa kecewa apabila kisah ahli keluarganya telah disensasikan oleh sesetengah pihak.
Nafi Adik Seorang OKU
Menurut Zaki, dia terkejut kerana kisah mengenai adiknya yang ditimpa kemalangan telah dijadikan bahan gosip di aplikasi Whatsapp. Malah Zaki turut tidak menyangka mereka menuduh adiknya sebagai golongan orang kurang upaya (OKU).
“Andaian makcik Langkawi ini dah jauh sangat ini. Makcik kalau ya pun nak membawang,dekat adik beradik sudahlah. Jangan sampai satu langkawi pula ya .Adik saya bukan OKU.Saya percaya adik saya akan sihat macam orang biasa InshaAllah” tulis Zaki
https://www.instagram.com/p/CPF1CDcBLxR/
Bersedia Maafkan Pihak Terbabit
Dalam satu perkongsian di Insta story nya pula, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini bersedia memaafkan individu tersebut sekiranya dia tampil bersemuka dengannya untuk memohon maaf.
“Kalau datang minta maaf dengan saya, 100 kali saya maafkan makcik, yang burukkan nama saya dekat sana” kongsi nya
Terdahulu, Zaki mencetuskan persoalan peminat apabila dia dilihat merentas negeri untuk pulang ke kampung. Menjelaskan lebih lanjut, Zaki berkata dia pulang ke kampung kerana ingin menjaga adiknya, Danial Farhan Azeman,18 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar empat bulan lalu. Kesan kemalangan tersebut, adiknya kini hanya terlantar di rumah mereka dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut berasa geram dengan tuduhan yang tidak berasas dibuat oleh pihak berkenaan. Di kesempatan itu, mereka menitipkan doa buat adik Zaki untuk kembali sembuh seperti sediakala.