Satu perkhabaran yang mengejutkan mengenai penyanyi Zahid AF2 dimana dia kini telah disahkan bercerai dengan isterinya, Sarah Julifa Yusof.
Berpisah Pada 18 Julai
Menurut Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, mereka sudah hampir setahun tidak tinggal sebumbung sebelum berpisah secara baik pada 18 Julai yang lalu, tiga hari sebelum hari lahir bekas isterinya itu pada tanggal 21 Julai.
Nafi Libatkan pihak Ketiga
Tegas Zahid, punca perpisahan mereka bukanlah melibatkan orang ketiga mahupun berlakunya pergaduhan sebaliknya keputusan itu dibuat kerana sudah tidak ada persefahaman diantara mereka sebagai suami isteri.
Zahid menegaskan mereka berpisah secara baik dan langsung tidak melibatkan orang ketiga ataupun berlakunya pergaduhan. Cuma, tiada lagi persefahaman sebagai suami isteri.
“Betul, saya sudah bercerai iaitu tiga hari sebelum hari jadi bekas isteri pada 21 Julai. Keputusan dibuat bersama dan kami selesaikan cara baik. Lagi pun, sudah hampir setahun kami tidak tinggal sebumbung”
Tambah Zahid, bagi mereka perpisahan adalah jalan yang terbaik kerana beranggapan akan memudaratkan lagi hubungan baik mereka sekiranya masih terus berterusan. Malah menerusi posting terbaharu Zahid, turut mengucapkan selamat hari lahir buat bekas isterinya itu beserta dengan #bestfriend.
https://www.instagram.com/p/B0Ko1tmBIf2/
“Perceraian adalah jalan terbaik buat kami. Kalau tidak, ia hanya akan lebih memudaratkan hubungan. Kami berpisah secara baik. Bukan sebab orang ketiga, gaduh atau apa-apa. Cuma, kami sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan”
Zahid dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia lima tahun.