21.5 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

Yasin Sulaiman Buka Mulut Pasal Kanabis, Anggap Ramai Yang Keliru

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman meminta orang ramai untuk tidak percayakan kepada dakyah lama yang berpendapat kanabis tidak bagus untuk kesihatan.

“Jangan Percaya Kepada Dakyah Lama…”

Menerusi hantaran di Instagram, Yasin menyatakan bahawa kajian saintifik terkini telah membuktikan bahawa kanabis bagus untuk rawatan dan kesihatan dan terutamanya terhadap otak manusia.

“Jangan percaya kepada dakyah lama yang menyatakan bahawa kanabis tak bagus untuk kesihatan, merosakkan sel otak dan sebagainya.

Itu tidak betul kerana kajian saintifik terkini telah membuktikan bahawa kanabis bagus untuk rawatan dan kesihatan dan terutamanya otak manusia. Itu tertulis  dalam buku sains.”-Kata Yasin

Titip Ucapan Terima Kasih Buat Rakan Artis

Dalam pada itu, Yasin turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan artis seperti Amy Search, Damian Mikhail serta Faizal Tahir yang sentiasa memberikan kata-kata semangat terhadap dirinya.

“Terima kasih kepada Amy Search. Dia memberikan kata-kata semangat yang memberi kekuatan dalaman untuk saya. Terima kasih kepada greg Henderson. Saya dah baca dia punya komen dan juga Damian Mikhail dan terima kasih Faizal Tahir. I love you bro, you are my BFF forever.”-Kata Yasin

via Instagram Yasin Sulaiman

Menurut laporan Utusan Nasional, Yasin Sulaiman berkemungkinan bakal dibebas dengan jaminan selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram. Bagaimanapun, permohonan berkaitan ikat jamin itu hanya didengar pada 22 Ogos ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.