24.1 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Yana Samsudin Titip Rasa Syukur Dapat Bawa Ibu Bapa Mengerjakan Haji & Umrah

Pelakon, pengarah, dan penyanyi, Yana Samsudin berkongsi khabar gembira apabila dapat merealisasikan hasratnya untuk membawa ibu bapanya untuk menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah tahun ini.

Pasang Impian Lebih Dari 10 Tahun

Berita itu dikongsi sendiri oleh Yana menerusi video yang dimuatnaik di Instagram yang menceritakan bahawa dia telah menyimpan impian selama lebih 10 tahun untuk membawa ibu bapanya menunaikan ibadah haji.

“Yana tak pernah jejak kaki ke sini, tapi Allah bagi peluang Haji & Umrah sekaligus terus. Benar janji Allah bila kita berbakti kepada kedua ibu bapa, kita berusaha melengkapkan rukun ke-5, berkorban membelanjakan segala harta ke jalan Nya, Allah bagi segalanya. Malah lebih..SubhanAllah..Aku telah menyaksikan semuanya..

“Impian aku membawa mereka sebanarnya dah lebih 10 tahun. Orang cakap artis tak mampu ke? Hanya Allah lebih mengetahui. Hanya Akui melaluinya.”-Tulis Yana

Titip Rasa Syukur 

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai suami, Fadzil Zahari yang sentiasa menjadi penyokong terhadap apa yang dilakukan olehnya selama ini.

“Syukur, beruntung aku juga mempunyai suami yang sangat supportive, ianya juga hadiah pinjaman berharga dari Allah..Alhamdulillah.. Terima kasih sayang atas segalanya @fadzilzahari.”-Tulis Yana

Alhamdulillah..Semoga Yana Samsudin sekeluarga bakal memperoleh Haji dan Umrah yang mabrur..

+1
0

+1
0

+1
0

+1
0

+1
0

+1
0

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.