Siapa sangka selepas sekian lama tidak muncul dalam sesebuah filem, pelakon Maya Karin membuat ‘comeback‘ nya dengan membintangi sebuah filem Hollywood. Menerusi perkongsian nya di laman Instagram pelakon ini sedang berada di Los Angeles bagi menjayakan filem tersebut yang berjudul Alone.
Pegang Watak Saintis
Tanpa perlu menghadiri sebarang ujibakat, siapa sangka Maya telah dipilih sendiri oleh eksekutif Hollywood Innovation Group untuk membintangi filem arahan Johnny Martin sebagai Dr. Zulaikha, seorang saintis dari Malaysia. Teruja terbabit dalam filem itu, menurut Maya dia percaya ini adalah langkah pertama untuknya melebarkan sayap di bumi Hollywood itu apatah lagi berkesempatan untuk bertemu dengan ramai pengarah tersohor.
Pilih Maya Kerana Berpotensi
Lebih membanggakan, menurut pengarah filem itu antara sebab mengapa Maya dipilih adalah kerana dia melihat pelakon ini cukup berpotensi dan begitu bersungguh biarpun hanya menerima skrip dua hari sebelum penggambaran bermula. Filem Alone ini turut membariskan pelakon-pelakon popular Hollywood seperti Donald Sutherland dan Tyler Posey.