22.2 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Sertai KPDNHEP Serbu Premis Produk Tiruan

Pasangan selebriti yang juga usahawan kosmetik, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah menyertai serbuan di sebuah premis di Taman Putra Utama, Kangar, yang dipercayai telah mengedarkan produk kosmetik tiruan jenama mereka iaitu Wawa Cosmetics.

Serbu Premis 

Memetik laporan Astro Awani, pasangan ini bersama sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis telah memasuki premis berkenaan jam 12.15 tengah hari semalam. Kecewa dengan tindakan pihak tersebut, Wawa turut mendakwa syarikat terbabit menggunakan cap dagangan tidak berdaftar yang seakan-akan menyamai cap dagangan berdaftar miliknya.

“Apa yang dikesalkan adalah ia seolah-olah mengelirukan pengguna”

“Cap dagangan ini bukan senang untuk didaftarkan malah ia memakan masa hampir dua tahun untuk diluluskan oleh pihak KPDNHEP selepas melalui prosedur tertentu.

“Justeru sekiranya pihak terbabit berterusan menggunakan cap dagangan ini, ia adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab,” dakwanya.

Tahan 16 Individu

Dalam pada itu, menurut Pengarah KPDNHEP Perlis, Norazah Jaapar,dalam serbuan berkenaan pihaknya telah merampas lebih daripada 5,542 unit peralatan kosmetik dianggarkan bernilai RM210,596. Pihaknya turut menahan 16 individu berusia antara 20 hingga 31 tahun termasuk seorang lelaki yang juga pemilik perniagaan berkenaan untuk membantu siasatan.

Difahamkan, syarikat itu memiliki sebuah gudang di Kedah dan menjadikan premis di Taman Putra Utama sebagai pusat pengedaran. Serbuan itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan daripada pasangan selebriti terbabit mengenai pengeluaran produk kosmetik menggunakan logo dan jenama yang boleh mengelirukan pengguna dan peminat mereka.

“Hasil siasatan mendapati premis terbabit telah beroperasi lebih dari tiga tahun dan turut menjalankan perniagaan menggunakan sistem ejen selain dijual di dalam talian.

“KPDNHEP juga telah melihat iklan mengelirukan yang telah dikeluarkan oleh syarikat milik ahli perniagaan terbabit.

“Tindakan itu boleh memanipulasi persepsi pengguna kerana telah menggunakan logo pemilik asal,” katanya dalam sidang media yang turut disertai Wawa dan Aeril pada petang Rabu.

Kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.