Baru-baru ini nama Warren Fernandez atau nama islam nya Adam Warren Fernandez Abdullah menjadi tumpuan apabila dia meluahkan rasa kecewa perniagaan yang dijalankan sebelum ini tidak menguntungkan. Malah dia pernah meminjam wang daripada Ah Long sebanyak RM300,000 sehingga diburu oleh sindiket tersebut.
Timbul Perselisihan Faham
Bagaimanapun, timbul sedikit perselisihan faham apabila perniagaannya turut dikaitkan dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.
Akibatnya, isteri Zain yang juga pelakon popular, Rozita Che Wan berang dengan kenyataan tersebut dan turut meluahkan rasa kecewanya menerusi ruangan komen posting mengenai suaminya.
“Depa nak bagi hot cerita orang tak famous, macam ini lah cara busuk ******! Nak selit cerita dengan gambaq kami apehal!”
Dedah Sikap Murni
Namun bagi Warren, dia tidak menyalahkan media mahupun pasangan selebriti itu kerana menganggap setiap orang punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Menurut Warren dia menganggap Zain sebagai seorang individu yang mulia dan mempunyai kelebihan yang banyak membuka hati dan minda nya.
Bagi Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta pula dia menyifatkan pelakon itu sebagai seorang usahawan yang cukup berdedikasi. Dalam posting tersebut, dia mengharapkan agar kenalannya dapat terus menyokong perniagaan mereka.
Sedikit info mengenai Warren. Dia mula dikenali selepas dijemput ke program realiti Pencetus Ummah sekitar 2014 yang menarik perhatian ramai selepas berkongsi kisah mengenai penghijrahannya ke agama Islam.
Namun baru-baru ini, dia teruk dikecam gara-gara penampilan terkini kelihatan seperti seorang wanita. Baginya, imej bukanlah sebagai alat pengukur untuk melihat sejauh mana ketakwaannya kepada agama Islam.