Usaha penangkapan Norjuma Habib Mohamed oleh pihak mahkamah pada pagi Selasa tidak berjaya berikutan usahawan selebriti itu gagal ditemui.
Norjuma Tiada Di Rumah
Menurut sumber, peguam dan pegawai mahkamah telah ke rumah Norjuma di Ampang dan juga keluarganya bagi tujuan penangkapan namun tidak berjaya.
Serahan Kepada Pihak Polis
Susulan itu, serahan waran tangkap akan diberikan kepada pihak polis untuk menjalankan tindakan lanjut. Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memerintahkan peguam syarikat Fame Up Entertainment untuk memfailkan waran tangkap terhadap Norjuma.
Ia berikutan bekas pengacara televisyen itu gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas keingkarannya mengikut perintah yang ditetapkan.
Untuk rekod, Fame Up Entertainment telah memfaikan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 dan 2020 yang lalu.