Baru-baru ini satu perkongsian dari Abdul Rani Kulup Fans di Facebooknya telah mendapat perhatian warga netizen mengenai isu bawa ‘bidadari’ pergi melancong.
Tidak Perlu Melancong Ke Switzerland
Dalam penulisan tersebut, dia menyatakan bahawa sebagai suami sekiranya tidak mampu untuk bawa isteri ke Switzerland, memadai dengan mengambil hati para isteri dengan membawanya melancong ke dalam negara sahaja.
Seperti Orang Bujang
Tambahnya lagi, ada sesetengah golongan suami yang pergi ‘konvoi’ menaiki motor bertindak seolah-olah mereka adalah golongan bujang dengan berkongsikan aktiviti di sosial media sedangkan si isteri dan anak-anak dirumah jarang keluar dan makan lauk kenduri sahaja.
Wanita Mesti Ada Pendapatan
Penulisan dari Abdul Rani Kulup Fans tersebut telah mendapat reaksi dari penerbit Ayu Puteh. Menurut perkongsiannya di laman Instagram story, baginya golongan wanita perlulah mempunyai pendapatan sendiri dan aktiviti seperti ‘konvoi’ yang dikatakan sering dilakukan oleh golongan suami tidak memberi kesan kepadanya.
Suami Tidak Perlu Mencuba Sana Sini
Ayu Puteh juga turut berpesan, baginya sebagai seorang suami tidak perlu untuk mencuba sana sini untuk elakkan dari kena teguran daru isteri.
…lelaki suami ini jangan kau cuba sana sini, pasti kau kena maki hamun punya