22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Wanita Ini Dakwa Fathia Latiff Bersikap Biadap & Jatuhkan Air Muka Orang

Lagi kisah mengenai selebriti sensasi, Fathia Latiff apabila satu lagi kontroversi timbul dan menjadi bualan hangat oleh warga net di laman sosial.

Fathia Latiff Tegur Wanita Yang Tak Dikenali

Semua nya bermula apabial seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Syilala mendedahkan dia menjadi mangsa cemuhan pelakon itu apabila Fathia secara tiba-tiba menegur bentuk bulu kening sehingga menjatuhkan air mukanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu itu, Fathia datang bertanyakan padanya mengenai lokasi salah satu butik di dalam sebuah pusat membeli belah. Namun secara tidak semena-mena, Fathia telah menegur bulu keningnya yang turut disaksikan oleh rakan-rakannya.

“Dia datang dengan kawan dia untuk tanya mana Lovisa (Mid Valley) saya berada di The Garden. Lepas tu, dia tak dengar pun apa yang saya cakap, tiba-tiba dia kata ehh you better betulkan kening you… Serabut.

“Belum sempat saya habis bagi direction dia potong! Macam geli sangat tengok kening saya. Do you need to question it? Tak proper langsung kamu ni”

Berang dengan tindakan Fathia itu yang memalukan dirinya, menurut wanita itu Fathia seharusnya mengucapkan terima kasih dan bukanlah memalukannya secara tiba-tiba.

Fathia Anggap Harus Diberikan Pengajaran 

Dalam pada itu, Fathia yang sedar akan isu tersebut yang tular di media sosial menyelar tindakan gadis itu yang disifatkannya seperti sengaja mencari publisiti.

Jelas Fathia, dia sengaja ‘menghina’  wanita tersebut kerana beranggapan perbuatan wanita itu seharusnya diberikan pengajaran sama seperti apa yang dirasainya sebelum ini. Biarpun sudah menjelaskan isu tersebut, rata-rata warga net beranggapan Fathia seperti kurang waras kerana bertindak sedemikian apatah lagi wanita itu juga tidak mempunyai sebarang kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.