Semalam tular di media sosial mengenai pelakon Amar Asyraf yang didakwa curang dengan isterinya selepas seorang wanita nekad mendedahkan hubungan cintanya bersama Amar sejak September tahun lalu.
Dedah Sikap Sebenar Amar
Menerusi pendedahan yang dibuat di laman Instagram, menurut wanita itu yang dikenali sebagai Ellika Azman, dia sedia maklum bahawa Amar berstatuskan suami orang dan cuba mengelak.
Namun jelasnya, dengan pujukan dan kata-kata manis dari pelakon itu akhirnya dia telah jatuh hati dengannya. Tambahnya lagi, Amar benar-benar serius mahu meneruskan hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin sehinggakan dia telah bertemu dengan keluarganya bagi mendapatkan restu.
Amar Sudah Berkahwin Dua
Biarpun begitu, disaat pernikahan mereka yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, Ellika telah mendapat perkhabaran bahawa Amar mempunyai seorang lagi isteri dan seorang anak hasil darpada perkahwinan kedua.
Lebih mengecewakan, Amar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada bayi tersebut sejak ianya dilahirkan.
Menurut Ellika, pendedahan tersebut dibuat kerana dituduh dengan ibu kepada Amar selain diminta bayar wang sejumlah RM100 ribu sekiranya ingin berkahwin dengannya.
Ellika turut berkata semalam dia sepatutnya bertemu dengan keluarga Amar kerana ingin membatalkan perkahwinan tersebut dan berniat ingin menyimpan kisah sebenar mengenai Amar, namun sebaliknya pula yang terjadi membuatkan dia nekad untuk mendedahkan perkara sebenar kepada umum dan mahu Amar bertanggungjawab atas semua perbuatannya.
Enggan Libatkan Orang Lain
Dalam perkembangan lain, menerusi laporan Mstar Online, Amar sedia maklum mengenai isu tersebut dan akui sedang berbincang dengan isterinya, Arna Salleh mengenai masalah rumahtangga mereka.
Jelas pelakon itu, dia enggan melibatkan orang luar dalam perbincangan tersebut kerana melibatkan maruah keluarga dan akan mengambil tindakan yang seterusnya.
Amar dan Arna telah bernikah pada 7 Jun 2013 dan mereka dikurniakan dua orang anak,Muhammad Taufik,6 dan Ammara Dian,4 bulan.