34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Wanita Dambaan Syurga..”- Foto Lisa Surihani & Yusry Cetus Rasa Teruja Peminat!

Hantaran terkini pelakon, Lisa Surihani  menerusi akaun Instagram telah mencetuskan rasa teruja peminat selepas berkongsi foto bersama suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim.

Tersipu Malu Mahu Pandang Wajah Yusry

Dalam foto berkenaan, Lisa kelihatan tersipu-sipu malu untuk menatap wajah suaminya ketika duduk bersebelahan.

“Memo pertama: pandang each other, saya dah fail dah. Memo kedua: k berlaga pipi, tak sampai pulak.”-Tulis Lisa di Instagram.”

“Wanita Dambaan Syurga..”

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat pasangan suami isteri itu malah ada yang menitipkan doa agar perkahwinan Lisa dan Yusry sentiasa diberikan kebahagiaan hingga ke Jannah.

“So sweet & lovely couple.”

“MasyaAllah semoga keluarga Lisa dan Yusry selalu dalam jagaan Allah SWT. U are always beautiful inside and out.”

‘Caption tu..Hiii cute jer.”

“How sweet both of you.”

“Wanita dambaan syurga..Semoga terus istiqomah atas jalan kebaikan. Aamin ya rabb.”

Sekadar info, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini juga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne. Yusof Leonne, dan Yunos Laith.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.