Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai sebuah video memperlihatkan seorang wanita cantik sedang menjual kuih pau di tepi jalan. Namun siapa sangka, wanita tersebut sebenarnya adalah penyanyi, Bienda.
Bienda Tidak Sangka Video Tular
Menurut Bienda, dia tidak menyangka bahawa gerak-gerinya menjadi perhatian para pelanggan yang singgah membeli pau jualannya. Mengibaratkan kecantikan Bienda bak bidadari, pada awalnya ramai yang tidak mengecam wajah Bienda yang juga anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Sheeda.
Hanya Tolong Suami Berniaga
Susulan itu, tidak kurang juga ada yang mula membuat spekulasi mengenai Bienda mengalami kesukaran hidup sehingga terpaksa berniaga di bawah khemah di tepi jalan. Menjawab persoalan tersebut, Bienda ketika dihubungi memberitahu dia sekadar membantu menguruskan perniagaan milik suaminya, Boy Zariman.
“Betul, memang ramai yang menghubungi bertanyakan adakah sekarang saya hidup susah kerana berniaga pau di tepi jalan.
“Hidup saya masih seperti biasa lagi, hanya mahu mencuba satu pengalaman baharu dalam berniaga.
“Sebenarnya ini adalah perniagaan milik suami dan saya seronok menolongnya,” katanya memetik laporan mStar.
Sekadar info, Bienda dan suami mengusahakan sebuah gerai dinamakan PapaPau Jalan Kuching yang terletak bersebelahan dengan Petronas di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
@
Sebelum ini,tular sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang wanita muslimah cantik sedang melayan pelanggan singgah membeli pau di gerainya. Dalam video itu, netizen yang merakam aksi suaminya membeli pau tersebut memuji kecantikan wajah penjual pau.