J.J. Abrams akan membawa Carrie Fisher sebagai Leia Organa dalam Star Wars: Rise of Skywalker selama 8 minit melalui footage yang belum digunakan setakat ini.
Kematian Carrie Fisher di saat-saat pengeluaran The Last Jedi sangat mengejutkan peminat.
Dipetik dariGames Radar, Lucasfilm membuat keputusan untuk tidak mencari orang lain untuk menggambarkan Leia. Mereka menggunakan footage yang tidak digunakan yang diambil dari Star Wars: The Awakens Force dan The Last Jedi. Oleh kerana penampilan Leia agak terhad dibawakan, peminat tertanya-tanya, bagaimana besarnya peranana Leia dalam filem Rise of Skywalker.
Todd Fisher, saudara Carrie Fisher, mendedahkan kepada Yahoo bahawa Abrams akan membawa Leia selama 8 minit melalui footage yang tidak digunakan.
“Mereka mempunyai footage 8 minit, mereka mengambil setiap frame dan menganalisisnya, kemudian melakukan reverse-engineered dan memasukkannya terus ke dalam cerita,” kata Todd Fisher.
Ia berasa seperti 8 minit lebih daripada cukup untuk memberikan Leia peranan yang besar. The Force Awakens, dia hanya mempunyai masa untuk hanya 6 minit dan kira-kira 9 minit pada The Last Jedi.
Todd juga berkata rancangan awalnya untuk Star Wars 9 adalah untuk membuat Leia sebagai Jedi yang terakhir. Namun, itu tidak akan berlaku.