30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Wajah Anak Sering Dipukul Ketika Kecil? Lufya Titip Pesanan Buat Para Ibu

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar mendedahkan keadaan anak perempuannya Lanaa Haura yang didakwa mengalami trauma ketika masih kecil.

Wajah Anak Sering Dipukul Ketika Masih Kecil

Menurut Lufya, anak perempuannya itu sering dipukul pada bahagian muka, mengalami masalah kelewatan bercakap (speech delay), serta hyperactive ketika masih kecil.

“Sekarang Haura berubah menjadi anak yang suka senyum, positif, baik dan kuat. Perubahan yang sangat banyak. Lufya bawa pergi terapi untuk bantu Haura. Alhamdulillah dah lancar bercakap.”-Kongsi Lufya

“Wanita Ini Nampak Zahirnya Lemah Tetapi…”

Akui tidak pernah membuat pendedahan berkenaan kepada umum, Lufya menitipkan pesanan terhadap para wanita terutama ibu tunggal bahawa mereka pasti boleh mendidik anak dengan baik dan lebih mudah dengan sokongan keluarga.

“Bantulah ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalami masalah seperti saya. Jangan dipersalahkan dan menekan mereka.

Wanita ini nampak zahirnya lemah tetapi jika diberikan dorongan yang positif mereka akan ‘bangkit’ lebih baik dari yang dulu.”-Titip Lufya

Sekadar info, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016. Namun, pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah pada Julai 2020, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lanaa Haura.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.