Semalam, murai.my melaporkan bekas stokis Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi OWA Resources telah memfailkan saman sivil bernilai hampir RM 200,000 terhadap syarikat yang dimiliki oleh oleh usahawan terkenal yang dikenali sebagai Nur Sajat gara-gara dikatakan gagal membekalkan produk bengkung dan girdle yang ditempah dan dibayar oleh stokis itu pada awal tahun 2018.
Lantik Siti Kasim Dan Ajeet Kaur Sebagai Peguam
Kes tersebut akan dibicarakan di Mahkamah sesi Shah Alam pada 24, 25 dan 26 April ini. Sedia maklum dengan perkara tersebut, menerusi perkongsian sebuah portal, pelantun Makhluk Penggoda itu dikatakan sudah bersedia dengan melantik Siti Kasim dan Ajeet Kaur sebagai dua orang peguam yang akan menjadi wakilnya di mahkamah.
Sajat Failkan Pembelaan Dan Tuntutan Balas
Sebagai makluman, Sajat telah memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap Syakir dan Nurwati (OWA Resources) di atas kerugian dan kehilangan yang dialami syarikat Nur Sajat Aesthetic akibat salah laku oleh mereka.
https://www.instagram.com/p/BwUT8sWgKZt/
Dalam pada itu, Sajat turut memuat naik satu posting baharu berkenaan isu tersebut dan turut meminta pengikutnya untuk nantikan perkembangannya akan datang. Selain benkung dan girdle, Sajat turut mengusahakan perniagaan berasaskan emas dan juga salon yang terletak di Padang Jawa, Shah Alam.