Di laman Twitter, tular sebuah video yang dimuatnaik oleh netizen mengenai pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie yang menangis berkongsi perihalnya bersama bekas suami, Eilyas Azhar.
Zarina Sebak, Sudah Belikan Baju Melayu Buat Bekas Suami
Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, dia berasa terkilan kerana dituduh tak bertanggungjawab oleh Eilyas. Dalam pada itu, dia menunjukkan sepasang baju melayu buat Eilyas dan anak mereka yang telah dibeli olehnya sebelum ini yang berharga ratusan ringgit.
https://twitter.com/TheOnlyFatin/status/1391319661401186309
Jelas Zarina, dia sanggup berkorban buat bekas suaminya itu apabila tidak berkesempatan membelikan baju raya buat dirinya sendiri kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
“Aku tak beli tau baju raya aku. Aku belikan baju raya kau 800 ringgit dengan baju anak. Aku sendiri tak ada baju raya, ini baju raya kau. Aku beli dekat Omar Ali 800 ringgit last-last aku kena apa? Dapat tah*”
“Ini baju kau.Aku pun tak ada baju sebab hari itu aku tak cukup duit untuk beli dekat aku. Tapi ini pengorbanan bini, kau tau apa? Pengorbanan seorang bini, kau sanggup belikan untuk laki kau, anak. Kalau diri kau sendiri tak ada pun tak apa, betul tak” luah Zarina sebak
Netizen Simpati
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan dan turut berasa sebak menonton video tersebut. Ada diantara mereka berkata, Anju sanggup menangis seperti demikian kerana terlalu menyayangi bekas suaminya sebeum ini. Malah tidak kurang juga yang mengecam tindakan Eilyas kerana tidak menghargai Anju yang terlalu banyak berkorban buatnya.
Sekadar info, difahamkan Anju dan Eilyas telah pun bercerai talak tiga selepas lelaki itu mendakwa membuat lafaz berkenaan di laman Insta-story nya sebelum ini.Anju telah mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal. Namun mereka bercerai 6 bulan kemudian sebelum rujuk kembali pada Mac lalu.
Terdahulu, juga dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.