Semalam, menerusi laman Twitter tular mengenai rakaman video amukan seorang wanita di butik pakaian ternama, Fashion Valet. Dalam video tersebut, wanita itu dilihat seakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh butik milik usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof.
Timbul Tanda Tanya
https://twitter.com/ImanAbdulRahim/status/1189096818996473856
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengamal media sosial itu di laman Twitter tenyata menimbulkan tanda tanya netizen memandangkan video seumpama itu dilihat seperti mampu menjatuhkan reputasi butik tersebut.
Gimik Semata-Mata?
Meskipun rata-rata netizen beranggapan video amukan tersebut hanyalah gimik semata-mata, bagi mereka gimik seumpama itu seperti sebuah publisiti murahan apatah lagi ‘lakonan’ wanita itu juga dianggap mereka bagai lakonan teater dan Vivy mampu membuat sesuatu yang lebih daripada ini.Apa pun,memetik kata-kata netizen, bad publicity is still publicity bukan?