Pada 29 Mac lalu, model dan pelakon Ahya Rosli selamat menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan Shahirah Sanusi di Bukit Kiara Ekuestrian. Malah sebuah majlis resepsi turut diadakan baru-baru ini bagi meraikan pasangan mempelai di The Sacred Garden.
Tarian Separuh Bogel Di Majlis Perkahwinan
Namun begitu, majlis tersebut mengundang kecaman hebat daripada pengguna media sosial gara-gara dalam majlis persandinganya itu telah menjemput penari separuh bogel dengan tarian mereka yang dilihat tidak senonoh kerana menunjukkan aksi-aksi yang tidak sepatutnya yang dirakam oleh kakak Ahya, Liana Rosli di Instagram nya.
Ahya Tidak Kisah Dengan Kecaman
Rata-rata netizen beranggapan tarian itu tidak seharusnya diadakan dalam sesebuah majlis perkahwinan Islam apatah lagi pada permulaan majlis ianya telah disusuli dengan alunan selawat Nabi. Dalam laporan sebuah portal, Ahya tidak kisah dengan segala kecaman yang diterima kerana dia beranggapan kehadiran penari itu hanyalah sebagai satu bentuk hiburan buat jemputan yang hadir pada majlis persandingannya.
“Terpulang pada diri saya sendiri dan saya ada hak untuk buat apa pun sebab ini majlis saya. Lagipun saya yang keluarkan duit, bukan netizen.
“Jadi orang mahu cakap apa sahaja, saya tidak kisah. Bagi saya orang yang mengkritik itu tiada kerja lain mahu buat selain mengganggu hidup orang lain,”
Mahu Tular?
Dalam perkembangan lain, menerusi satu perkongsian daripada netizen mendakwa penari-penari tersebut bukanlah datang sebagai tetamu sebaliknya mereka dibayar untuk menjayakan persembahan sedemikian rupa.
Malah dedah netizen itu lagi, hiburan seumpama itu sengaja diadakan bagi membuatkan majlis perkahwinan selebriti itu tular dan hangat diperkatakan.