27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[VIDEO] Penjelasan Irwansyah Mengenai Persediaan Untuk Berpoligami

Pelakon dan penyanyi kacak Indonesia, Irwansyah tampil memberikan penjelasan ketika ditanya adakah dia mempunyai niat untuk berpoligami.

Pikul Tanggungjawab Yang Berat Jika Berpoligami

Menerusi video di saluran Youtube MAIA ALEDUL TV, Irwansyah memberitahu  dia tidak mempunyai keinginan tersebut. Ini kerana dia mengetahui akan kesukaran tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang suami yang memiliki lebih dari seorang isteri walaupun dibenarkan dalam Islam.

“Tidak. Satu sahaja sudah berat. Memang poligami tidak dilarang, tetapi selepas itu tanggungjawab kita kepada isterinya. Kalau dia ada sakit hati sedikit atau ada ketidakadilan segala macam itu dosanya besar.

Itu salah satu penghalang kita masuk syurga. Sementara kan kita hidup di dunia  cuma beberapa tahun.”-Jelas Irwansyah

Masih Belum Bersedia

Sementara itu, isteri kepada Irwansyah, Zaskia Sungkar memberitahu dirinya masih belum bersedia untuk bermadau walaupun tidak menolak kemungkinan ia akan berlaku dalam rumah tangganya.

“Mungkin jika iman saya ada di level tinggi, mungkin saya bersedia. Wallahualam, saya bukannya berdoa supaya saya jadi mundur.

Saya mahu satu hari nanti saya benar-benar hidup di dunia itu untuk akhirat, bukan hidup di dunia untuk dunia.”- kongsi Zaskia pula

YouTube video

Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia menyambut cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada 30 Mac tahun lalu selepas 10 tahun menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.