21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[VIDEO] Normah Damanhuri Mohon Maaf Atas Isu Majlis Perkahwinan Anak

Gara-gara insiden tarian separuh bogel di majlis persandingan model dan pelakon, Ahya Rosli majlis tersebut menjadi bahan kecaman masyarakat dan turut tular dalam media sosial. Rata-rata netizen menganggap perkara seumpama itu tidak seharusnya terjadi memandangkan majlis perkahwinan seharusnya disambut dengan penuh adat dan tertib.

Netizen Lancar Kempen Boikot 

Dalam pada itu, netizen turut melancarkan kempen boikot ke atas keluarga Damanhuri.Malah segelintir daripada mereka turut meminta orang ramai untuk melaporkan pada pihak Instagram mengenai akaun kakak kepada Ahya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM.

“Tolong report ig kak km guys. Kalau sayang agama dan adat kite tolong report ramai-ramai. Terima kasih”

Normah Damanhuri Mohon Maaf 

Menyedari isu tersebut hangat diperkatakan, ibu kepada kedua-dua selebriti ini yang juga pelakon veteran terkenal, Normah Damanhuri tampil memohon maaf diatas insiden yang memalukan tersebut.

Menerusi laman Instagram nya,Normah mewakili keluarga nya memohon maaf diatas kekhilafan pihak mereka ketika menganjurkan majlis persandingan anak lelakinya itu. Jelas Normah, tarian itu sepatutnya berunsur traditional namun tidak sangka pakaian yang dipakai penari itu agar keterlaluan sehingga dikecam masyarakat

“Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persembahan paperdoll itu sepatutnya tarian tradisional, zapin, miming, lawak jenaka dengan tetamu tapi saya tak sangka pula pakaian mereka itu keterlaluan untuk majlis perkahwinan,”

Terdahulu, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan netizen memberitahu penari-penari tersebut telah dibayar oleh keluarga Ahya dan sengaja diminta berpakaian sedemikian bagi membuatkan perkahwinan itu tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.