Sejak awal minggu lalu, menerusi sebuah akaun di laman Twitter telah memuatnaik beberapa buah video yang menunjukkan beberapa orang wanita sedang asyik berhibur.
Malah lebih mengejutkan salah satu wanita di dalam video-video tersebut dikatakan mirip pelakon, Chacha Maembong.
Video Chacha Tersebar
Dalam video-video itu, Chacha dilihat telah berparti di sebuah lokasi di Bali,Indonesia bersama rakan-rakannya.
Tidak cukup dengan itu, akaun tersebut turut memuatnaik sebuah video seorang wanita mirip Chacha yang bercumbu sambil menari dengan seorang wanita lain dipercayai juga rakannya.
Netizen Mula Banjiri Ruangan Komen Chacha
Meninjau ke akaun Instagram Chacha, di beberapa posting muatnaik terbaharunya kelihatan netizen mula membanjiri ruangan komen dengan beberapa persoalan mengenai video nya yang tular itu.
Sehingga kini, Chacha tidak memberi sebarang kenyataan mengenai penularan video tersebut dan sekadar mempromosikan filem terbaharunya yang dijangka akan ditayangkan pada minggu hadapan yang berjudul Garang.
Berdasarkan akaun yang dimuatnaik oleh pengguna tersebut, selain Chacha terdapat beberapa orang selebriti wanita yang lain turut menjadi mangsa dipercayai bertujuan sesuatu yang tidak bermoral.