21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[VIDEO] Lihat Cara Nabil Mahir Makan Mee Segera Campur Durian!

Sejak buah durian menjadi fenomena, pelbagai menu dan juga tarikan telah dicipta berasaskan raja buah ini. Ini termasuklah mengenai pengacara Nabil Mahir yang sebelum ini telah mencuri perhatian dengan menikmati buah dengan gelojoh selepas meramasnya terlebih dahulu.

Makan Mee Segera Bersama Isi Durian 

Tidak cukup dengna itu, Nabil sekali lagi berkongsi video cara dia menikmati durian dengan cara yang agak pelik dari kebiasaan. Dalam video itu, kelihatan Nabil telah memakan mee segera perisa kari yang telah digaul bersama-sama isi durian.

Menurutnya, idea tersebut muncul selepas dia ternampak sebuah posting yang berkongsi mengenai cara pemakanan yang sama.

“Durian tambah Maggi kari. Hari tu ada ternampak satu post pasal semangkuk Maggi dengan durian. Jadi Nabil dah test untuk korang. Conclusion, tak payah test je lah,”

Cetus Pelbagai Reaksi 

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengikutnya telah memberikan pelbagai reaksi. Tidak cukup dengan terasa mual, ada juga yang menganggap Nabil seperti sengaja mencari publisiti murahan.

Apa pun adakah anda berani untuk mencuba makan durian bersama mee segera? Kongsikan dengan kami!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.