31.1 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

[VIDEO] “Jaga Anak Hampa Sendiri”- Che Ta ‘Sekolahkan’ Para Netizen

Aktres jelita, Rozita Che Wan tampil ‘sekolahkan’ para netizen yang mempertikaikan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang sering bersolek walaupun baru berusia 7 tahun.

Memang Suka Mekap & Melaram

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui anak perempuannya itu sememangnya suka bersolek dan akan merajuk jika dimarahi memakai mekap.

“TOLONG DENGAQ!!! Hampa taknak siapkan anak hampa tu masalah hampa!! Anak kami memang suka besiapppp!! Takkan la dia nak melaram kami nak laranggg.

“Anak kami memang suka pakai mekap dan suka melaram. Karang kalau marah dia, dok melalak..Merajuk..Satu keja kami nak pujuk tak memasall.”-Jelas Che Ta

https://www.instagram.com/p/Cf5PWupBi0B/

“Jaga Anak Hampa Sendiri”

Dalam pada itu, Che Ta turut meminta netizen yang menggunakan akaun palsu untuk memberi kritikan agar menjaga anak sendiri berbanding mengambil tahu urusan anak orang lain.

“Yang komen semua guna fake account, sekali kami libas guna bulu mata kami yang setebai 7 petala langit ni baru hampa tauu.

“Kang tak letup hampa kata kami tak pandai jaga anak, karang letup sangat hampa kata kesian zaman budak-budak la itulah inilah..Macam hampa dulu kecik-kecik suka mandi sungai. Mak pak larang hampa pun pi terjun sungai kan..Gitulah anak kami.

“Jaga anak hampa sendiri. Sebok jaga anak orang..Anak sendiri kelaparan.”-Tulisnya lagi.

Anak selekeh dikata tidak reti menjaga anak, anak melaram dikatakan tidak melalui zaman kanak-kanak yang sebenar..Serba tak kena..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.