Penyanyi, Zynakal akhirnya tampil memohon maaf dan menjelaskan lebih lanjut berikutan tindakannya yang memuatnaik foto beberapa orang wanita tanpa izin di Instagram.
Didakwa Muatnaik Foto Tanpa Kebenaran
Menerusi laman Twitter, seorang wanita yang dikenali sebagai @animdavila memberitahu tidak seharusnya mengambil gambar orang lain untuk dijadikan content dan berharap Zynakal untuk memadam story ig tersebut.
“Rasanya tak perlu ambik gambar orang tanpa izin untuk buat content. Tak kesah la ypu artis or siapa-siapa please ada common sense sikit. I harap dia boleh take down story ig nie.
I dah dm tapi rasanya macam takka balas. Mesti la dm request ramai. Artis kan. I dah lama delete gambar ni. Macam mana boleh dapat pon tak tahu.”-Tweet @animdavila
Mendapat Kritikan Ramai
Tinjauan Murai di ruangan komen wanita berkenaan mendapati rata-rata netizen bertindak mengkritik tindakan Zynakal yang dikatakan telah melanggar privasi orang lain dan ada yang berpendapat boleh isu tersebut boleh dibawa ke mahkamah.
“Annoying gila Zynakal ni!!”
“Tu for shooting rasanya, but ya still lah gambar orang its privacy kan hurm.”
“Adehh boleh bawa kes ni kalau sesuka hati gambar tanpa kebenaran macam ni.”
“Lahh dah kenapa buat macam ni”
Zynakal Tampil Beri Penjelasan
Zynakal kemudian tampil memberikan penjelasan bahawa foto-foto tersebut bukanlah darinya dan ia merupakan prop bagi drama yang sedang berada dalam penggambaran. Zynakal turut memberikan permohonan maaf dan tidak mengambil kisah apa yang diperkatakan orang lain.
“Apa saya boleh cakap, benda ni agak cliche arh bila orang cakap ‘senang la buat salah then minta maaf’. Tapi it is what it is. Saya minta maaf jugak. Tak kisah orang nak cakap apa.
Tapi saya just nak explain something which is benda tu bukan daripada saya. Benda tu actually prop yang kita gunakan untuk drama yang saya shoot.”-Zynakal
Tambahnya lagi, Zynakal memberitahu dia bukan sengaja tidak menurunkan story Ig tersebut dan lokasi penggambarannya itu tidak mendapat liputan.
“Bukan sengaja saya biar. Bukan sengaja saya tak take down. Saya memang takde line. Kalau saya ada line, saya reply awak terus. Saya akan cakap ‘okay i’m so sorry then saya take down’. Tapi disebabkan saya baru je balik.
Baru je ada line. Memang saya sampai rumah baru saya buka phone then baru tiba tengok notification keluar benda-benda macam nie and saya dah take down dah.”-Jelas Zynakal
Terdahulu, Zynakal pernah menjadi sasaran kritikan netizen selepas meninggalkan komen seolah-olah memerli orang Sarawak menerusi foto yang dimuatnaik oleh rakannya yang juga penyanyi, Yonnyboii yang berkongsi gambarnya suatu ketika dahulu memakai pakaian tradisional Iban.