Pada minggu lalu, sebuah jenama telefon bimbit terkenal telah mengundang khas penyanyi antarabangsa, Calum Scott bagi membuat persembahan di acara perasmian model terbaharu mereka yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Calum Scott Di Kuala Lumpur
Dalam majlis itu beberapa selebriti tempatan seperti Ismail Izzani, Haqiem Rusli dan Nabila Razali turut dijemput memeriahkan majlis. Pengalaman yang tak dapat dilupakan semestinya buat Nabila, apabila dia diberikan peluang untuk menjadi pengacara jemputan bagi sesi wawancara khas bersama pelantun You Are The Reason itu.
Kenyataan Nabila Razali Cetus Kontroversi
Dalam beberapa soalan yang diajukan, terdapat satu soalan yang mencetuskan kontroversi apabila Nabila telah bertanyakan pada Calum adakah dia mempunyai haiwan peliharaan. Ketika penyanyi British itu menjawab dia tidak mempunyai sebarang haiwan peliharaan dan mungkin berminat untuk membela seekor anjing, Nabila sambil berseloroh membalas jawapan Calum, “I Can Be Your Dog”.
Meskipun Nabila telah menjelaskan ianya hanyalah sekadar gurauan, kenyataan penyanyi Vroom Vroom itu ternyata menimbulkan kontroversi kerana rata-rata yang hadir ketika itu beranggapan ianya seperti tidak sesuai. Barangkali kerana terlalu teruja atau gementar dapat bersama-sama penyanyi antarabangsa itu membuatkan Nabila terfikir untuk berseloroh sedemikian.