21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[VIDEO] Erra Fazira & Umie Aida Sudah Berdamai

Baru-baru ini kecoh di laman sosial memperkatakan mengenai perselisihan faham diantara dua orang pelakon popular yang juga sahabat karib, Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida. Segalanya bermula apabila Umie meluahkan rasa kesalnya apabila terdapat seorang individu yang dianggapnya sebagai seorang sahabat telah mengkhianati nya.

Kelihatan Saling Berpelukan 

Rata-rata warga net membuat spekulasi bahawa individu yang dimaksudkan Umie merujuk kepada Erra selepas mereka dikatakan saling tidak mengikuti di laman Instagram dan turut memadam gambar bersama. Telahan tersebut ternyata benar apabila Erra menerusi sebuah posting mengakui akan kesalahannya dan mengharapkan Umie dapat memaafkannya. Biarpun begitu, ternyata tali persahabatan yang sudah terikat antara mereka berdua menguatkan segalanya, apabila Umie dikatakan sudah berdamai dengan Erra.

Umie Anggap Isu Sudah Selesai

Segalanya terbukti apabila Umie telah memuatnaik satu rakaman video di laman Insta story nya yang mana kedua-duanya dilihat berpelukan selepas berbincang mengenai sesuatu. Malah Umie dalam video itu turut menulis sesuatu memperkatakan bahawa seolah-olah pertelingkahan antara mereka sudah selesai dan berharap agar warganet tidak lagi memperkatakan mengenai isu tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.