Kembali merampas kemenangan! Menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung malam tadi, trofi Penyampai Radio Popular kembali ke genggaman penyampai radio Suria FM, DJ Lin selepas dua tahun berpindah tangan.
Terkejut Dipilih Sebagai Pemenang
Menerusi temubual DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 44 bersama para media sejurus diumumkan sebagai pemenang, dia akui pernah terfikir untuk melepaskan kerjayanya sebagai penyampai radio kerana ingin memberi peluang kepada pelapis baharu. Dalam masa yang sama, DJ Lin yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang ini meluahkan rasa terharu dan terkejut ketika namanya diumumkan sebagai pemenang.
“Saya sendiri terkejut dan tak percaya. Ini membuatkan saya berfikir sekali lagi untuk bersara dari dunia penyampaian radio.
“Lebih penting, saya mahu mencari pelapis yang boleh mengendali rancangan cinta yang sudah dikendalikan beberapa tahun sebelum ini”
Mahu Cari Pengganti
Sementara itu, Dj Lin yang memegang jawatan sebagai Ketua Stesen radio Suria FM mengumumkan bakal memulakan pencarian penyampai baharu yang mengganti posisi sebagai penyampai.
“Saya mahu calon itu lakukan tanggungjawab untuk segmen Suria Cinta lebih baik dari saya lakukan. Kemenangan trofi ini juga membuktikan dengan bakat, kerja keras…Insya Allah orang ramai akan sedar dengan kewujudan dalam industri ini,”
Tambah DJ Lin lagi, antara sebab mengapa dia berfikir dua kali untuk melepaskan jawatan itu adalah kerana sokongan peminat-peminatnya selama ini yang tidak berbalah bahagi. Malah kongsi DJ Lin, ketika berlangsungnya malam anugerah ini dia sebenarnya terikat dengan komitmen lain namun demi peminat dia sanggup hadir memberi sokongan penganjuran ABPBH.Tahniah dan semoga terus sukses Dj Lin!