23.6 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

[VIDEO] “Dato’ Pun Menangis Tengok Kamu Pulang”- Eina Azman Titip Ucapan Menyentuh Hati Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman berkongsi rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan pembantu rumah kesayangannya yang mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarga di Acheh, Indonesia.

“Dato Pun Boleh Menangis Tengok Kamu Pulang”

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Eina di Instagram, dapat dilihat suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah turut menangis ketika menghantar pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Megawati ke lapangan terbang.

“26/6 akhirnya Mega pergi tinggalkan saya dan keluarga untuk Pulang ke Acheh bersama keluarga tersayang selepas 5 tahun bekerja dengan kami sekeluarga.

“Ya Allah rasa sedih tu tak tau nak cakap. Macam tengah breakup dengan boyfriend. Bayangkan Dato’ pun boleh menangis bila tengok kamu pulang.”-Kongsi Eina

Sudah Tiada Teman Bergaduh

Tambahnya lagi, Eina turut menceritakan bahawa Megawati itu adalah individu yang sentiasa menjadi teman suka duka dengannya dan mengakui terasa kehilangan apabila pembantu rumahnya itu membuat keputusan untuk pulang ke Indonesia.

“Mega ni semua benda dia nak buat. Bila mega dah balik ni rasa macam lost kejap, sebab saya dah takde teman nak bergaduh dan marah 😭.

Saya rindu nak kenakan kamu makan benda-benda pedas, rindu marah kamu dan last sekali kita berdua akan menangis sebab dua-dua hati tissue 😭😭😭.”-Kata Eina

Di akhir hantarannya, Eina turut memberitahu bahawa tugasnya dan suami sebagai ibu bapa kepada pembantu rumahnya itu di Malaysia kini sudah selesai, malah turut berkongsi harapan agar Megawati sentiasa gembira di kampung dan tidak lupa untuk sentiasa membuat panggilan video dengannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.