Memetik artikel Murai.my sebelum ini, telah berlangsungnya sesi sidang media berkenaan satu saman fitnah antara Fame Up Entertainment terhadap Norjuma Habib Mohamed di PWTC, Kuala Lumpur.
Norjuma Tinggalkan Sidang Media
Dalam sidang media itu, Norjuma turut hadir bersama wakilnya selepas dijemput oleh pihak Fame Up yang diwakili oleh peguam Muhammad Hassanuddin Roslan dari Chung, Hasnal & Partners.Bagaimanapun, belum pun bermula usahawan itu bertindak untuk meninggalkan sidang media tersebut selain memohon maaf kepada para media yang hadir. Menurutnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana majlis tersebut tidak berlangsung seperti waktu yang ditetapkan yang ketika itu lewat 5 minit.
Malah, suasana semakin tegang apabila Norjuma dan peguam yang mewakili Fame Up saling bertikam lidah selepas Norjuma mendakwa syarikat itu seolah-olah tidak menghormati orang lain selain cuba mencampuri pengaruh Aidijuma, syarikat yang diusahakannya selama ini.
“Awak tidak tahu menghormati kehidupan orang lain. Malah mereka ini hanya media digital yang tidak tahu menghormati saya”
“Awak yang masuk campur dalam bisnes kami”
Tidak Mempunyai Protokol?
Dalam perkembangan lain, menerusi laman Instagram nya Norjuma turut meluahkan bahawa sesi sidang media seharusnya mempunyai protokol. Biarpun tidak menyebut mana-mana pihak, namun status tersebut seolah-olah merujuk kepada sidang media yang diadakan semalam berdasarkan gambar yang dimuatnaiknya.
https://www.instagram.com/p/B9Q0-8rJjjV/
https://www.instagram.com/p/B9Q4aBDJwS9/
Terdahulu, kes saman itu telah difailkan oleh syarikat Fame Up Entertainment menerusi pengarah urusannya, Zuriawati Zaidi, 40.
Menurut plaintif (pihak Fame Up ) mereka telah melantik peguam Muhammad Hassanuddin Roslan dari Chung, Hasnal & Partners sebagai peguam kes dan telah memfailkan penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 28 Mac 2019.Difahamkan sehingga ke hari ini Norjuma masih gagal untuk mematuhi Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut.