Di media sosial tular mengenai sebuah video yang menunjukkan vokalis kumpulan Floor 88, Nik Fadlee Elhamshah atau lebih dikenali sebagai Ayie pengsan ketika sedang buat persembahan.
Pengsan Di Hadapan Peminat
Dalam video tersebut, Ayie bersama anggota kumpulan Floor 88 yang lain ketika itu sedang membuat persembahan di hadapan penonton dan kerabat diraja Negeri Sembilan bersempena dengan Konsert Gempak NegeriFM.
Namun tidak lama kemudian, secara tiba-tiba Ayie telah jatuh pengsan dan membuatkan peminat panik sebelum dibantu oleh rakan-rakannya yang lain. Malah persembahan mereka turut terhenti disitu.
Nafi Gimik
Meninjau perkongsian dari anggota kumpulan Floor 88 yang lain, Achoi mewakili kumpulan mereka memohon maaf atas kejadian tersebut yang berlaku secara mengejut. Menafikan bahawa ianya adalah gimik semata-mata, tegas Achoi perkara seumpama itu sama sekali tidak boleh sebagai bahan jenaka mahupun gimik selain memohon semua peminat mendoakan kesihatan Ayie.
Rata-rata peminat turut membanjiri ruangan komen Instagram milik Ayie dan kumpulan Floor 88 dengan mengharapkan agar penyanyi itu pulih seperti sedia kala. Terdahulu, sekitar 2017 Ayie dilaporkan pernah jatuh pengsan gara-gara terlalu penat dan tidak mempunyai rehat yang cukup.