Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memperlihatkan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie menyanyikan sebuah lagu beramai-ramai tanpa memakai pelitup muka dipercayai ketika menjayakan sebuah majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Melaka.
Tidak Pakai Pelitup Muka Punca Kontroversi
Selain Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman ,beberapa individu lain yang berhampirannya turut tidak memakai pelitup muka sekaligus mencetuskan kontroversi. Bagaimanapun, difahamkan pelantun Di Penjara Janji itu telah mengakui akan kesalahannya dan telah membayar kompaun yang dikenakan.
Sudah Bayar Kompaun
Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengurus Awie, Mubarak Akhtar yang tampil mengesahkan perkara berkenaan.
“Kami melakukan kesalahan dan melanggar SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda. Mereka meminta Awie menyanyi tetapi Awie tidak mahu menyanyi. Jadi kami memainkan video muzik di bahagian depan” katanya
Jelasnya ketika itu, Awie berdiri di sebelah mejanya sebelum dikerumuni oleh pengayuh beca yang menyertai program itu di hotel berkenaan.
https://twitter.com/syahid_azizan/status/1391004959932440577
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman telah memanggil beberapa individu yang terlibat dalam memberi keterangan selain menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Menerusi artikel Murai.my sebelum ini, Awie kembali mengubati kerinduan peminat menerusi Showcase Datuk Awie Raikan Cinta Ramadan. Berlangsung selama dua hari, acara itu telah diadakan pada pada 30 April bertempat di Hotel Lacrista,sebelum disusuli di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada tanggal 1 Mei lalu.