21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

‘Video Anak’ Bukti Hubungan Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Kembali Pulih

Sebelum ini, peminat membuat spekulasi mengenai hubungan rumahtangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor dikatakan sedang berhadapan masalah. Spekulasi berkenaan mula tercetus apabila berteka-teki mengenai Insta-story pasangan ini yang dikatakan merujuk kepada hubungan mereka.

Video Terbaharu Tarik Perhatian Peminat 

Biarpun begitu, perkongsian video terbaharu ini mungkin menamatkan spekulasi tersebut apabila Nabila yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa memuat naik video mengenai anak mereka, Jebat Jayden di laman Instagramnya. Video tersebut menarik perhatian netizen apabila Nabila memberitahu Jebat telah menyebut perkataan ‘Baba’ buat kali pertama. Malah dalam video itu kedengaran suara Sharnaaz yang turut bermain dengan anaknya itu.

Bersyukur Hubungan Kembali Pulih 

Melihatkan pada video tersebut, rata-rata pengikut mereka berasa gembira selain turut bersyukur kerana hubungan pasangan itu kembali pulih sekaligus menepiskan dakwaan bahawa status hubungan mereka yang dikatakan bermasalah sebelum ini.

Malah mereka turut mendoakan agar hubungan pasangan ini akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sharnaaz dan Nabila, 35 telah berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.