Selasa lalu (31 Disember) merupakan hari terakhir pengacara MeleTOP, Neelofa mengendalikan rancangan itu. Sebelum ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31 telah mengumumkan akan berundur dari rancangan itu selepas hampir 8 tahun bersama.
“You’ll be missed but never forgotten”. You have no idea how many people you’ve inspired. #ThankYouLofa @Neelofa pic.twitter.com/PcicSkrJNm
— Aina. 🇵🇸 (@AinaNazira_) January 1, 2020
Terkesan dengan khabar yang menyedihkan itu, peminat dan produksi turut mewujudkan #ThankYouLofa sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat Neelofa yang menceriakan malam mereka selama ini
Zizan Sebak
Dalam episod terakhir Neelofa bersama MeleTOP, turut bersama adalah selebriti undangan Zizan Razak dan Datuk Hans Isaac. Ketika babak Neelofa mengucapkan selamat tinggal, Zizan dilihat beberapa kali cuba mengelap air mata nya kerana terlalu sebak.
Malah menerusi perkongsiannya di laman Instagram, pelawak itu menyifatkan Neelofa sebagai inspirasi yang positif kepada masyarakat. Di kesempatan itu, Zizan turut mendoakan agar Neelofa terus sukses pada masa akan datang.
“Kalau nak diceritakan tentang kehebatan influence Lofa pada masyarakat Malaysia memang tak cukup kalau hanya satu jilid novel. Memang beliau banyak memberi inspirasi positif pada semua. Apa apa pun Malaysia ayuh kita doakan yang terbaik buat @neelofa we love u!!”
Neelofa Mahu Bekerjasama Dengan Zizan
Menerusi ruangan komen balas pula, Neelofa menghargai atas kesudian Zizan hadir memberi sokongan pada episod terakhirnya.
Tambah Neelofa, kebanyakan episod yang mempunyai Zizan sebagai selebriti undangan mendapat jumlah tontonan yang tertinggi di YouTube. Neelofa turut berharap agar dapat bekerjasama dengan selebriti verstail itu pada tahun ini. Dalam perkembangan lain, masih ramai tertanya-tanya mengenai siapakah pengganti Neelofa yang hanya akan diketahui pada minggu hadapan.