24 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[VIDEO] Adira Sebak Terkenangkan Hajat Terakhir Arwah Bapa

Sebelum ini penyanyi Adira Suhaimi 28, telah berkongsi khabar berita sedih apabila bapa kesayangannya,Suhaimi Rajiman telah pergi menghadap Ilahi pada 21 Mac yang lalu. Tidak lama kemudian pada 26 Mac, Adira sekali berhadapan episod duka apabila neneknya pula meninggal dunia.

Terkilan Tidak Dapat Ketemukan Anak-Anak Dengan Bapa 

Berkongsi rasa sedihnya tatkala sedang sibuk membuat persiapan di bulan Ramadan, menurut Adira dia berasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk tunaikan hasrat arwah bapa untuk bertemu dengan anak-anaknya iaitu Anggerik dan Asan. Tambah Adira lagi, lebih memilukan seumur hidupnya dia belum pernah berpeluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama bapanya.

“Sebenarnya saya agak terasa pada Ramadan kali ini. Walaupun saya tak rapat dan jarang meluangkan masa bersama arwah bapa, ada ketikanya saya begitu terasa pemergiannya.Pesan saya, buat mereka yang mempunyai ibu bapa yang sudah berpisah, cuba cari dan luangkan masa bersama mereka selagi masih ada.

Cuba bayangkan, bila jarang berjumpa dan dapat bertemu ikatan itu semakin kuat, tetapi apakan daya bila dikejutkan dengan pemergiannya, saya memang tak kuat. Banyak benda yang saya ingin lakukan bersama arwah bapa termasuklah menunaikan hasratnya untuk bertemu anak-anak saya. Saya sebagai seorang anak mempunyai sedikit penyesalan kerana tidak sempat untuk ketemukan anak-anak saya dengan datuk mereka”

Hati Mudah Tersentuh

Jelas Adira, faktor ibu dan bapanya telah berpisah membuatkan hubungan dia dan bapanya agak sedikit renggang.Malah faktor kedua-duanya sibuk juga membuatkan dia tidak berpeluang untuk menemukan anak-anaknya dengan datuk mereka.

Akuinya lagi, hatinya mudah tersentuh dan sering mengalirkan air mata tatkala bercakap mengenai arwah bapanya. Biarpun begitu, Adira turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa peluang untuk menghargai ibubapa mereka selagi hayat dikandung badan. Adira ditemui murai.my pada majlis pelancaran tudung Adira X Hermanas yang berlangsung di Work@Nest, The Curve, Petaling Jaya semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.