Beberapa hari yang lalu, pelakon Datuk Aaron Aziz telah berkongsi di Instagram nya mengenai seorang bayi yang menghidap penyakit kanser dan memerlukan bantuan untuk kos rawatan. Gambar bayi tersebut diambil Aaron menerusi Facebook Persatuan Kanser Bersatu Malaysia.
Namun begitu, tidak lama kemudian dia telah memadam posting berkenaan selepas menyedari bahawa ianya merupakan satu penipuan yang dibuat oleh sebuah sindiket yang menggunakan gambar seorang bayi yang sudah meninggal dunia bagi tujuan mengutip derma.
Aaron Buat Laporan Polis
Akui marah dengan penipuan tersebut setelah ramai pengikutnya turut menghulurkan sumbangan, pelakon ini turut membuat laporan polis berkenaan isu tersebut. Akui Aaron, dia berkongsi maklumat tersebut di laman Instagram tanpa menyemak kesahihan berita itu kerana kasihan melihatkan keadaan bayi tersebut.
” Saya kecewa dan marah! Minta Maaf Team Jodoh Jodoh Anissa tunggu saya. Polis meminta siapa yang dah transfer duit ke account Mohd Zakuan itu sila buat laporan”
Mohon Pengikut Untuk Buat Laporan Sama
Dalam pada itu, Aaron turut meminta semua pengikutnya yang sudah menghulurkan sumbangan untuk tampil membuat laporan polis berkenaan penipuan tersebut. Ini kerana menurut Aaron dengan laporan tersebut, pihak polis dapat mengesan aktiviti kemasukan wang ke dalam akaun pihak yang tidak bertanggungjawa itu.
Selain Aaron, pelakon dan pelawak Shuib turut mengalami situasi yang sama selepas memuat naik gambar tersebut di laman Facebooknya.