Pada minggu lepas, Rashidi Ishak mengumumkan berita perpisahannya dengan bintang ‘Red Kebaya’ itu menerusi laman sosialnya. Menurut pelakon yang juga pemuzik itu, mereka bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos tahun lalu.
“Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak-anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami.
“Tiada apa lagi yang saya mahu ucapkan. Saya tidak mahu memanjangkan hal ini,” kata Vanidah Imran.
Menerusi rumah tangga yang dibina sejak 1 Oktober 2000 itu, pasangan terbabit dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15. Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 itu juga berkata, ketika ini dia masih sibuk dengan aktiviti lakonan.
murai.my mendoakan agar Vanidah dapat meneruskan kehidupan yang baru dan terus berlakon untuk peminat-peminat di luar sana.