27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Ustaz Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah

Belum pun reda isu pendedahan pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mengaku pergi ke tanah suci tanpa mengambil vaksin,kini dia berkongsi pula isu perihal menteri yang dimuatnaik di akaun Instagram nya.

Suruh Siasat Mantan PM & ‘Geng Kerajaan’

Gara-gara membuat pengakuan tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Senator Ustaz Idris Ahmad mahu pihak berkuasa menyiasat pendakwah tersebut. Bagaimanapun, kenyataan Idris telah disanggah kembali oleh Abu menerusi sebuah video.

Dalam pendedahannya, dia mendakwa mantan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa ahli kerajaan yang lain tidak mengambil vaksin ketika menunaikan Umrah baru-baru ini.

Foto – Instagram @ustazabusyafiq

“PDRM, KKM dan Menteri Agama wajib siasat Mantan PM Mahyuddin Yassin dan rombongan.

Mereka pergi Umrah baru-baru ini tak Vaksin MM langsung. Nak siasat sangat kan. Siasatlah!

Bila saya bongkar geng kerajaan lah yang tak Vaksin MM bila datang Saudi. Mula nak tutup buku?!

Dok wajibkan Vaksin. Tapi jenis Vaksin pun jahil.

*Jangan ‘Sembah’ Vaksin. Usah per’tuhan’kan WHO”  dedahnya

Netizen Terkejut, Banjiri Ruangan Komen

Melihat pendedahannya itu, orang ramai telah membanjiri ruangan komen pada hantaran tersebut dengan pelbagai pandangan serta persoalan.

Foto – Instagram @ustazabusyafiq

“Bongkar lagi ustaz demi kebenaran”

“Wow orang kayangan pergi Umrah tak vaksin MM. Jadi akan datang pergi Umrah tak payah lah vaksin MM”

“Menteri-menteri mana cucuk. Sebab mereka tahu ada side effect. Rakyat jer yang kena paksa, kena tipu”

“Terbaik ustaz… Berani kerana benar” komen mereka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.