26.3 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Uqasha Senrose ‘Sound’ Netizen Sebab Sibuk Cakap Pasal Saiz Tubuh Badannya

Isu bodyshaming tetap hangat dibincangkan sehingga kini. Pelakon jelita, Uqasha Senrose tampil bersuara terhadap segelintir netizen yang mempersoalkan saiz tubuh badannya ketika menghadiri malam Anugerah MeleTOP Era 2021 bersama suaminya, Kamal Adli di PICC, Putrajaya pada Ahad.

“Suka Hati I lah Nak Chubby Ke Slim Ke”

Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, Uqasha memberitahu bahawa dirinya tidak mengambil kisah akan saiz tubuh badannya itu, serta berpendapat netizen yang menyakitkan hati orang lain hanya mendapat dosa kering terhadap kritikan yang dilemparkan oleh mereka.

“Abang, diorang ni saya kurus cakap saya kurus sangat, tapi bila badan naik sikit terus panggil saya gemuk :(. Abang babap diorang.

hehee Ada i kisah suka hati i lah nak chubby ke slim ke. I tengah bahagiaaa. Badan boleh turun, tapi sakitkan hati orang free2 dapat dosa kering.”Kata Uqasha

via Instagram Uqasha Senrose

Rakan Selebriti & Netizen Titip Kata Semangat Buat Uqasha

via Instagram Uqasha Senrose

Tinjauan Murai MY di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen tampil memberikan kata semangat buat Uqasha malah turut menitipkan pesanan agar jangan menghiraukan komen-komen negatif di media sosialnya itu.

“Don’t think about it. You’re beautiful! kan @kamaladli ?.”-Nabila Huda

“Both of u lawa & handsome dooh semale ❤️.”-Catriona Ross

“U more than cantikkk sayangg! Kalau cantik tu ada level..atass lagii. Gemukk?? Bila ni? Gemuk dengan cinta saja badan superb!!”-Kamal Adli

“Sis u have such a bodygoal to evey woman tau!! Kita suka!!”-Norren Iman

“Seri Uqasha lain macam after married ni.”

“Argh sudah mengadu kat abg dia da. Jaga-jaga la korang.”

via Instagram Uqasha Senrose

Sekadar info, pasangan suami isteri Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 dengan dua kali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.