27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

‘Unfollow’ Di Media Sosial Masing-Masing, Izreen Azminda Tampil Beri Penjelasan!

Pelakon, Izreen Azminda tampil memberikan penjelasan selepas timbul spekulasi yang mendakwa dia dan suami yang juga merupakan pemuzik terkenal,  Ude Wahid saling tidak mengikuti akaun Instagram mereka.

Sudah Lama Unfollow Di Media Sosial

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, Izreen menjelaskan bahawa mereka sudah lama berbuat demikian dan kehidupan mereka kini juga berada dalam keadaan bahagia.

“Dah berzaman kot tak follow masing-masing..Apa masalah? Kitaorang sihat sejahtera ja kat sini. Nak kena follow nak kena post gambaq 5 minit skali ka baru kata kategori bahagia?”- jelas Izreen

“Sakit Ka Apa Hang Ni?- Izreen Azminda

Dalam pada itu,  Izreen turut mempersoalkan tindakan warganet di media sosial yang telah memuatnaik hantaran negatif yang disifatkannya sebagai satu penghinaan dan boleh didakwa.

“Yang hang pulak lebih-lebih dok mengundang post benda-benda lepas. Sakit ka apa hang ni?

Ingat na..post benda-benda yang boleh mengundang komen-komen negatif hinaan aib yang menjatuhkan dan sebagainya boleh didakwa!”- katanya lagi

Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Tambah pelakon ini, dia akui sudah lama berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan tuduhan terhadapnya. Walaubagaimanapun, video tersebut sudah dipadam di aplikasi TikTok.

“Semua pakat ada life masing-masing dah.. Hang pulak gelabah bewak stuck dalam life orang lain.. Lama dah aku dok senyap dengan orang macam hang nie..Nak kena ambik tindakan gak ni.. Tunggi sat hang.”- tegas Izreen

Sekadar info, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama Ude sekitar Ogos 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees . Menerusi perkahwinan Izreen bersama bekas suami terdahulu pula dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar, 5 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.