Umum mengetahui kehilangan usahawan kosmetik, Nur Sajat akhirnya telah ditahan oleh pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Walaubagaiamanapun, beliau kini dibebaskan dengan jaminan dan harus melaporkan diri ke pejabat imigresen negara tersebut setiap 14 hari.
Beri Satu Lagi PeluangĀ
Dipetik dari laporan Harian Metro, adik kepada Nur Sajat, iaitu Nur Mustika Kamaruz Zaman merayu kepada semua pihak agar memberi peluang kepada usahawan tersebut untuk menebus segala kesalahan yang dilakukan.
āSaya juga berharap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.ā-Tutur Mustika Kamaruz Zaman
Ujian Yang Berat
Beliau menambah, ujian yang berlaku ini adalah ujian yang berat untuk dirinya dan keluarga.
āMemang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami hanya Allah SWT yang tahu.ā-Jelas Mustika Kamaruz Zaman
Nur Sajat kini diarahkan untuk melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari. Beliau yang kini memegang kad pelarian UNHCR didakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa tempatan dan diugut bunuh kerana mengumumkan mahu keluar dari Islam.