22.1 C
Malaysia
Sunday, October 27, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

U-Wei Tulis Surat Terbuka Buat Ahmad Idham, Dakwa Tidak Professional

Pengarah terkenal, U-Wei Haji Saari menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri berikutan tidak meluluskan projek filem Wangi Jadi Saksi baru-baru ini.

Dakwa Ahmad Idham Tidak Professional

Menerusi surat terbuka yang dikirimkan oleh pihak U-Wei kepada Murai.my, pengarah ini turut mendakwa sikap tidak professional Ahmad Idham yang dikatakan telah campur tangan dalam pembentangan kelulusan projek filem kenegaraan tersebut.

Tegas nya, pembentangan tersebut disangka mendapat kelulusan selepas pembentangan yang dinilai seorang wakil Finas dan dua ahli akademik tersebut tidak mendapat sebarang bantahan mahupun persoalan daripada mereka. Difahamkan, panel tersebut juga menunjukkan ibu jari sebagai tanda baik.

“Tidak ada satu soalan ditanya dan setelah pembentangan saya bertanya lagi jika ada soalan atau keraguan dan mereka hanya menunjukkan ibu jari sebagai semuanya baik. Saya tekankan di sini mereka dipilih Finas ini adalah orang-orang pakar yang dipecayai. Orang ilmuan yang saya dihormati”

“Saudara Ahmad Idham,

Kala saya menerima berita penolakan saya sebenarnya tidak terkejut dan juga terkejut. Saya tidak faham akan campur tangan anda sebagai Ketua Pengarah dalam menentukan keputusan setelah kebijaksanaan yang diamanahkan kepada pegawai anda dan kedua-dua orang pakar tadi. Saya juga tidak nampak bijaknya sumbangan anda di peringkat akhir dalam keputusan selain menunjuk kuasa anda yang ada. Setahu saya selama saya sebagai pembikin filem (menulis, mengarah dan menerbit)
saya tidak sedar atau tahu akan kecemerlangan anda dalam menghasilkan sesebuah karya filem yang bermutu tinggi atau dalam kata lain sebuah filem yang boleh diterima di peringkat antara bangsa” tulis U-Wei

Tolak Cadangan Punca Projek Tidak Diluluskan?

Dalam pada itu, U-Wei juga menyatakan bahawa dia tidak terlalu terkejut projek tersebut tidak mendapat kelulusan kerana berpendapat dia pernah menolak cadangan untuk memimpin sebuah persatuan baharu dan menolak ziarah Finas antara faktor keputusan tersebut dibuat.

“Saya tidak terkejut (hairan agak pasif) kerana pada Sabtu malam 13hb Feb setelah berkali-kali diajak berjumpa, akhirnya saya bersua dengan Puan Ellie Suryati di sebuah hotel. Pada malam itu beliau telah menyuarakan cadangan supaya sebuah persatuan baharu ditubuhkan atas cadangan saudara sendiri dan atas persetujuan saudara juga saya telah diminta untuk memimpin persatuan tersebut”

“Salah satu tujuan penubuhan persatuan baharu itu adalah untuk memadamkan persatuan pengarah yang telah ada iaitu FDAM yang diketuai Saudara Ahmad Ibrahim. Setelah mendengar huraian yang panjang lebar daripada Puan Ellie Suryati saya menolak cadangan beliau yang sudah tentunya cadangan yang datang daripada saudara juga”

“Dan pada Selasa petang 16hb Mac saya mendapat pesanan Whatsapp dari pihak Finas yang mengatakan YB Menteri Komunikasi dan Multimedia dan juga Ketua Pengarah Finas akan membuat lawatan sesi ziarah FINAS PRIHATIN ke rumah pengarah filem (nama Othman Hafsham dan saya disebut). Saya menyatakan keberatan saya tentang situasi sekadar memberi token seolah-olah memperagakan tokoh-tokoh filem dengan bergambar dengan cek (nilai selalunya dalam lingkungan
RM1000) bersama menteri dan pegawai-pegawai Finas yang sepertimana kerap dilakukan. Sepertisaya katakan seniman harus ditolong tetapi bukan dengan cara begini. Ini ada saya tulis/perjelaskan kepada puan Jame dari Finas untuk diterangkan kepada pihak menteri dan saudara” tulisnya lagi

Menurut U-Wei, dia sememangnya tidak bersetuju  Finas di bawah pentadbiran Ahmad Idham dan mengharapkan perasaan pengarah itu tidak mempengaruhi keputusannya dalam memohon kelulusan projek tersebut.

“Sekali lagi, saya tidak bersetuju dengan rancangan Finas di bawah pentadbiran saudara. Oleh itu, saya harap perasaan prejudis saudara (jika ada) tidaklah digunakan untuk mempengaruhi keputusan terhadap permohonan saya.

“Jika saudara turut serta dalam pemilihan dan penentuan projek mana patut diluluskan atau tidak dengan menggunakan kuasa veto untuk permohonan saya, sekali gus saudara sudah menghina kebijaksanaan panel dilantik Finas sendiri,” katanya

Di kesempatan itu, U-Wei juga berharap agar projek seumpama ini dapat dinilaikan semula kerana percaya ia mampu mendapat perhatian luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.