Tindakan stesen televisyen Al-Hijrah menjemput seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long 7E telah mencetuskan kecaman dikalangan netizen.
PU Amin Dikecam
Ia berikutan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin memuatnaik gambar nya bersama wanita tersebut dipercayai menjayakan sebuah program terbitan rancangan itu. Bagaimanapun, PU Amin telah memadam hantaran tersebut kerana mendapat pelbagai kecaman daripada orang ramai.
Mahu Pekerja 7-Eleven Dijemput
Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan TV Al-Hijrah kerana menjemput wanita tersebut sebagai tetamu dan tidak menolak ia seperti mencari publisiti. Malah, ada diantara mereka memberi saranan lebih baik menjemput pekerja-pekerja 7-Eleven yang terbabit dalam isu tersebut untuk ditemubual.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai sebuah video memperlihatkan wanita berkenaan dilihat sedang mengamuk gara-gara anak lelakinya dituduh mencuri di sebuah kedai serbaneka, 7-Eleven di Paka, Terengganu.
Bagaimanapun, wanita itu sekali lagi membuat siaran langsung di Facebook rasminya dengan membuat permohonan maaf kepada kakitangan di kedai serbaneka terlibat dan turut menyesali dengan tindakannya.