21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Tuntut Permohonan Maaf! Rihana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian DNA

Biarpun media tempatan agak sedikit ‘reda’ dengan perkhabaran mengenai kontroversi perceraian bekas Ratu Cantik Rusia dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V namun media antarabangsa masih terus mengikuti rapat perkembangan mereka.

Cabar Lakukan Ujian DNA 

Terbaharu menerusi laporan MSN, Rihana Oksana Gorbatenko telah mencabar Sultan Muhammad V untuk lakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan. Sebelum ini, muncul spekulasi hangat yang dilaporkan media antarabangsa mengenai salah satu punca pasangan ini bercerai adalah kerana kesahihan bapa sebenar kepada anak kandung mereka, Tengku Ismail Leon Petra ibni Tengku Muhammad V Faris Petra.

Rakan Dakwa Perkahwinan Masih Sah 

Malah dalam perkembangan lain, menurut rakan kepada wanita Rusia ini, Liliya Nastaeve telah menegaskan bahawa perkahwinan Rihanna dan Sultan Muhammad V masih sah dan turut menolak dakwaan yang dibuat peguam baginda mengenai penceraian mereka selepas 13 bulan berkahwin.

Tuntut Permohonan Maaf 

Jelasnya lagi, Rihana yang kini tinggal bersama anaknya di Moscow telah menuntut permohonan maaf secara terbuka dari Sultan Muhammad V mengenai penafian yang dibuat baginda sebelum ini sebagai bapa kepada anaknya.

“Semua kenalan rapat Rihana termasuk ibu bapanya, sedang menunggu permohonan maaf dari baginda. Kalau timbul keraguan, baginda boleh buat ujian DNA. Sekiranya Oksana mendedahan wajah anaknya kepada umum, tiada siapa akan meragui kerana mereka tampak seiras,”

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Rihana, Evgeny Tarlor yang juga bekas Senator Rusia berkata dakwaan Sultan Muhammad V itu adalah bohong semata-mata serta telah mencabar peguam kepada baginda, Koh Tien Hua membuktikan bahawa dia sememangya mewakili Sultan Kelantan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.