Pelakon Tunku Hanis menegaskan kemunculannya di dalam industri lakonan bukan disebabkan menggunakan bantuan orang sekelilingnya. Katanya yang memegang watak Leftenan Raz dalam drama Leftenan Zana, dia membina nama sebagai pelakon atas usaha sendiri tanpa bantuan kabel.
“Saya gerak sendiri, saya tak guna kabel wayar ke apa, saya tak tumpang siapa-siapa, saya tak sembah kaki siapa-siapa dan saya tak mengendeng siapa-siapa.
“Lakonan minat saya, lihatlah saya dari bakat saya kalaulah ada kalau tak ada abaikan aja,” tegas Tunku Hanis.
https://www.instagram.com/p/BuvcPHPhPsa/
Tunku Hanis juga memberitahu sejak dari bangku sekolah lagi dia gigih menyertai segala bentuk pertandingan berkaitan lakonan.
“Bekas rakan sekolah semua tahulah macam mana saya gigih masuk pertandingan lakonan di sekolah dulu dari sekolah rendah sampailah menengah dan ada bidang lain menjadi cita-cita/wawasan saya,” tambah Tunku Hanis.
Tunku Hanis atau nama sebenarnya Tunku Norhanis Tunku Salma antara pelakon senior kerana sudah menceburi bidang lakonan hampir 12 tahun. murai.my berharap Tunku Hanis tidak akan berhenti dalam bidang seni dan terus mengambangkan bakat dalam dunia senia.