Malang tidak berbau berlaku pada seorang wanita Thailand yang membuat video live memasak di TikTok, meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang sibuk memasak.
Melihat video yang tular itu, Zed Zaidi meluahkan rasa bimbangnya kerana di zaman sekarang ini semakin ramai yang meninggal dunia secara tiba-tiba, dan bila dibedah siasat mangsa mempunyai masalah kesihatan diri seperti sakit jantung, masalah buah pinggang dan kencing manis.
“Masa Masak Pun Boleh Mati” – Zed Zaidi
Menerusi video yang tular itu, Presiden Seniman Malaysia ini seolah khuatir kerana bila-bila masa saja seseorang itu boleh meninggal dunia.
“Masa masak pun boleh mati. Sekarang ini kamu perasan tak orang mati dikeliling kita ini back to back, tapi disahkan sakit jantung, buah pinggang, kencing manis kamu percaya ke? Ke atas sebab lain? Dulu pun ada saja orang sakit macam ini, tapi tak adalah kita dengar sampai mati back to back kan?” ciapnya di Twitter
Chef Selebriti Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung
masa masak pun boleh mati. Sekarang ni korang perasan tak org mati dikeliling kita ni macam back to back tapi di sahkan sakit jatung,buah pinggang,kecing manis,korang caya ke? Ke atas sebab lain? Dulu pun ada je org sakit macam ni takde la kita dengar sampai mati back to backkan? pic.twitter.com/SzIs62C8cq
— ZED ZAIDI (@rozaidijamil) June 3, 2021
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Zed Zaidi di akaun Twitter dan Facebooknya, Murai.my menemui siapakah identiti wanita malang ini.
Dipetik dari StickBoy, wanita kelahiran Thailand yang dikenali sebagai Pimporn ini merupakan chef selebriti di TikTok. Menurut laporan yang dimaklumkan oleh ahli keluarga wanita ini, Pimporn meninggal dunia akibat pembesaran jantung yang menyebabkan serangan jantung berlaku.
Sekarang ini ajal dan maut seseorang itu boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja, sebagai manusia biasa kita hanya mampu berdoa dan tawakal sepenuhnya pada Yang Maha Kuasa.